usrah budaya kita

Wednesday, February 15, 2012

cinta semuanya demi CINTA

"Jangan kau gentar dgn bayang2 sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu
Bangkit membina(semula) satu keindahan (baru)
Phoenix bangkit
Bina jambatan menuju ke seberang
Dengan darah keringat dan air mata oh....
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan
Dirindukan...
Demi cinta tiada lain demi cinta..."
-lirik lagu Phoenix Bangkit Dari Abu
Nyanyian M.Nasir
http://www.youtube.com/watch?v=pPqei1NxJCY



1)Burung Phoenix
-mitologi mesir sejenis burung lagenda yang mempunyai keramat.
-digambarkan memiliki bulu yg sgt indah berwarna merah keemasa (kalau boleh kita tgk spt digambarkan dlm cerita harry potter di bilik prof dumbledore)
-Dikatakan dpt hidup selama 500-1461 tahun
-stlh hidup selama itu,phoenix membakar dirinya sendiri sehingga menjadi abu.
-Dr abunya sendiri muncul burung phoenix muda .
-Mitosnya,kehidupan burung phoenix itu bangkit slps mati lalu muncul sbg sesuatu yg baru.
Conclude:
1-Menggambarkan kebangkitan semula semangat setelah mengalami kehancuran.
2-syarat utama dlm kebangkitan jgn gentar dgn bayang-bayang sendiri.
cth:seorang yg pernah berzina adakalanya diburu oleh dosa silam.Memandang kehadapan seolah2 tiada hrpn utk dirinya.Itulah bayangan dosa silam.wujud halangan ketika taubat dan penyesalan dibuat.
3-Disebalik pahit getir dalam kebangkitan,ada kemenangan sedang menanti. Kemenangan itu berupa kebahgiaan @ kejayaaan.


2)Phoenix muda bangkit daripada abu(kehancuran).Tanggungjawab membina jambatan (amalan)
untuk keseberang (kebahagiaan di akhirat)
Khulasah;
1)Seorang pendosa punya peluang untuk bertaubat untuk menyesali seikhlas hati dan membina semula kebahagiaan.Demi dunia dan akhirat.
2)dosa selama ini menghancurkan jiwa,dan cabarannya membina semula jiwa yang tandus.
3)Jiwa yang perlu bangkit ialah jiwa yang tenang menuju akhirat.
4)ada harga yg perlu dibayar utk ke syurga.Jambatan itu perlu dibina dgn keringat,air mata dan darah.
5)Jihad melawan hawa nafsu.Selagi jihad hawa nafsu tidak dpt diperangi selama itu seseorang tidak akan tertuju kpd ilahi.Tidak akan dpt berkhidmat kepada-NYA.Tidak akan Jatuh Cinta PadaNYA


"Mereka yang berjuang bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama,sesungguhnya KAMI akan tunjukkan jalan KAMI,ALLAH itu bersama dengan orang yang buat baik" -Surah al-ankabut:69


Conclude:
Jaminan Allah
1-siapa sanggup melawan hawa nafsu,Allah akan tunjukkan jalan sehingga diberi kemenangan.Rahsia utk mendapat pembelaaan Allah.
2-Mendapat pembelaan Allah sejak disunia lagi.
3-Siapa yang sanggup melawan hawa nafsu,dia adalah rijalullah (orang Allah.kepunyaan Allah,tentera Allah). Siapa yang menjadi kepunyaan dan tentera Allah S.W.T,akan dibantu olehNYA
3.selama belum menjadi tentera ilahi menjadi tentera manusia dan syaitan.
3-Melawan hawa nafsu mesti dihiasi keringat dan darah.Ada pengorbanan yang perlu dilakukan.semuanya demi negeri akhirat yang abadi.


Ayuh buat mereka yang pernah terperangkap dengan dosa besar @ kecil, bangkitlah seperti burung phoenix. Andai ada yang membandingkan besar dosamu dengan ilmu agama orang lain,biarkanlah mereka. Kita adalah pejuang walaupun mungkin bukan pendakwah.


PUNCA KEJAYAAN TERHALANG:


  • Tidak khusyuk dan lalai dalam solat
  • Sibuk akan masalah,kelemahan,kesilapan orang lain dan terlupa memperbaiki kesilapan atau kelemahan diri sendiri.
  • Terlalu sibuk menyalahkan orang lain sehingga terlupa memperbaiki kesilapan dan kelemahan diri.
  • sibuk mencipta fitnah dan keburukan org lain sehingga lupa akan diri
  • Dengki dgn kejayaan dan berusaha menjatuhkan org lain.

No comments:

Post a Comment