usrah budaya kita

Saturday, March 2, 2013

to all my beloved students...mtaz,azhariah,sjk(c)jln imbi,pasti al-hidayah,qila,hanan,nazmi,irfan,irsyad n qoid(shah alam)..

BUAT SAYANGKU......
Apabila dirimu dibelenggu masalah...
Sedang tak siapa pun yang mengambil kisah....
Ingatlah pada DIA yang tak pernah jemu..
Mendengar rintihan jiwamu..
Apabila jalan di hadapanmu digelap mendung ..
Sedangkan tiada siapa mahu menemani...
Carilah jalan yang dinaungiNYA..
Apabila parut lukamu dicederakan lagi...
Hatimu dicakari kebimbangan....
Ingatlah Allah bersama orang-orang yang SABAR..

Ya Allah..
Jadikanlah hati anak didikku ikhlas selalu..
Sentiasa berbuat baik kepada orang yang selalu melakukan kejahatan kepada mereka..
Sentiasa memberi maaf kpd orang yang selalu menganiaya mereka...
Sentiasa mengajak berbicara kepada orang yang meninggalkan mereka..
Sentiasa mengeratkan silaturrahim kepada orang yang memutuskannya...
Sentiasa menyedarkan orang  walaupun sentiasa dikhianati...

KUATKAN SEMANGAT..WALAUPUN JATUH..BANGUN KEMBALI..JANGAN MENOLEH KEBELAKANG LAGI..
TERUSKAN PERJUANGAN..YE...SAYANG..
INSYAALLAH DOAKU MENGIRINGI PERJALANANMU DAN ALLAH SENTIASA BERSAMAMU..

Salam Sayang +rindu

Ustazah diana
Mtaz 2011
~kredit to acik nusaibah..



Saat hati mendambakan cintaNYA..

Diuji dgn cinta manusia..

Jika benar engkau cintakanKu..

mengapa hatimu masih terpaut dgn yg lain drKU..

Sungguh YA Allah aku lemah..

Lidah mengaku mencintaimu..

Namun kdg2 hati ini lalai dan berpaling

Hamba jenis apakah aku ya Allah..

~


Friday, July 27, 2012

hati ini

Bismillah..

entah apa yang bersarang di hati ini.. saat ini..
hanya pengharapan padaMu ya rabb..
berikanlah petunjuk atas jalan yang akan ku lalui..

sudah tujuh hari berlalu..
bulan yang penuh barakah..
kenapa baru kali ini ku benar2 merasa nikmatnya..
setelah 24 tahun hidup ini ku lalui..
alhamdulillah ya Allah masih diberi nikmat ini

Maka nikmat tuhan yang manakah engkau dustakan..
Ya Allah engkau dakaplah diri ini dengan kasih-sayangmu.
Allah..Allah..thabatkan hati ini untuk perjuangan agamamu..
ameen ya rabb..


Wednesday, February 15, 2012

cinta semuanya demi CINTA

"Jangan kau gentar dgn bayang2 sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu
Bangkit membina(semula) satu keindahan (baru)
Phoenix bangkit
Bina jambatan menuju ke seberang
Dengan darah keringat dan air mata oh....
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan
Dirindukan...
Demi cinta tiada lain demi cinta..."
-lirik lagu Phoenix Bangkit Dari Abu
Nyanyian M.Nasir
http://www.youtube.com/watch?v=pPqei1NxJCY



1)Burung Phoenix
-mitologi mesir sejenis burung lagenda yang mempunyai keramat.
-digambarkan memiliki bulu yg sgt indah berwarna merah keemasa (kalau boleh kita tgk spt digambarkan dlm cerita harry potter di bilik prof dumbledore)
-Dikatakan dpt hidup selama 500-1461 tahun
-stlh hidup selama itu,phoenix membakar dirinya sendiri sehingga menjadi abu.
-Dr abunya sendiri muncul burung phoenix muda .
-Mitosnya,kehidupan burung phoenix itu bangkit slps mati lalu muncul sbg sesuatu yg baru.
Conclude:
1-Menggambarkan kebangkitan semula semangat setelah mengalami kehancuran.
2-syarat utama dlm kebangkitan jgn gentar dgn bayang-bayang sendiri.
cth:seorang yg pernah berzina adakalanya diburu oleh dosa silam.Memandang kehadapan seolah2 tiada hrpn utk dirinya.Itulah bayangan dosa silam.wujud halangan ketika taubat dan penyesalan dibuat.
3-Disebalik pahit getir dalam kebangkitan,ada kemenangan sedang menanti. Kemenangan itu berupa kebahgiaan @ kejayaaan.


2)Phoenix muda bangkit daripada abu(kehancuran).Tanggungjawab membina jambatan (amalan)
untuk keseberang (kebahagiaan di akhirat)
Khulasah;
1)Seorang pendosa punya peluang untuk bertaubat untuk menyesali seikhlas hati dan membina semula kebahagiaan.Demi dunia dan akhirat.
2)dosa selama ini menghancurkan jiwa,dan cabarannya membina semula jiwa yang tandus.
3)Jiwa yang perlu bangkit ialah jiwa yang tenang menuju akhirat.
4)ada harga yg perlu dibayar utk ke syurga.Jambatan itu perlu dibina dgn keringat,air mata dan darah.
5)Jihad melawan hawa nafsu.Selagi jihad hawa nafsu tidak dpt diperangi selama itu seseorang tidak akan tertuju kpd ilahi.Tidak akan dpt berkhidmat kepada-NYA.Tidak akan Jatuh Cinta PadaNYA


"Mereka yang berjuang bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama,sesungguhnya KAMI akan tunjukkan jalan KAMI,ALLAH itu bersama dengan orang yang buat baik" -Surah al-ankabut:69


Conclude:
Jaminan Allah
1-siapa sanggup melawan hawa nafsu,Allah akan tunjukkan jalan sehingga diberi kemenangan.Rahsia utk mendapat pembelaaan Allah.
2-Mendapat pembelaan Allah sejak disunia lagi.
3-Siapa yang sanggup melawan hawa nafsu,dia adalah rijalullah (orang Allah.kepunyaan Allah,tentera Allah). Siapa yang menjadi kepunyaan dan tentera Allah S.W.T,akan dibantu olehNYA
3.selama belum menjadi tentera ilahi menjadi tentera manusia dan syaitan.
3-Melawan hawa nafsu mesti dihiasi keringat dan darah.Ada pengorbanan yang perlu dilakukan.semuanya demi negeri akhirat yang abadi.


Ayuh buat mereka yang pernah terperangkap dengan dosa besar @ kecil, bangkitlah seperti burung phoenix. Andai ada yang membandingkan besar dosamu dengan ilmu agama orang lain,biarkanlah mereka. Kita adalah pejuang walaupun mungkin bukan pendakwah.


PUNCA KEJAYAAN TERHALANG:


  • Tidak khusyuk dan lalai dalam solat
  • Sibuk akan masalah,kelemahan,kesilapan orang lain dan terlupa memperbaiki kesilapan atau kelemahan diri sendiri.
  • Terlalu sibuk menyalahkan orang lain sehingga terlupa memperbaiki kesilapan dan kelemahan diri.
  • sibuk mencipta fitnah dan keburukan org lain sehingga lupa akan diri
  • Dengki dgn kejayaan dan berusaha menjatuhkan org lain.

Saturday, February 4, 2012

KECEKALAN

WALAU DILANDA OMBAK DAN BADAI
KUATKAN SEMANGAT
KEJAYAAN PASTI DAPAT DICAPAI



Al-Ankabut [2] Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:  Kami beriman,  sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Tuesday, January 31, 2012

To all my beloved princess..

Assalamualaikum wb...

Buat anak didik yang ustazah kasihi dan rindui..
Diri ini amat menyayangi kalian kerana Allah..
Waktu yang berlalu antara kita...
Detik-detik indah yang kita harungi bersama..
Suka duka tangisan bergema..                                                  
Kita berdakap penuh erat...
Ciuman masih berbekas di pipi keharuman....

Ingatlah anakku sayang,
Herdikan  dan bebelan itu tanda kasih-sayang..
Pukulan dan rotan yang masih berbekas tanda ingatan..
Agar dirimu tidak kecundang di tengah jalan..
Esok kau bakal menjadi insan yang berguna kepada islam.....
Kebanggaan ibu dan ayahmu tersayang..

Ingatlah sayangku..
Tuntutlah ilmu kerana Allah...
Bukan kerana dunia apatah lagi pujian manusia..
Garaplah sebanyak mana ilmu yang ada..
Agar dikau mampu menjadi seperti saidatina fatimah dan aishah..
Menjadi rujukan para sahabat dan wanita...
Ingatlah sayang,
Ilmu bukan sebagai kebanggan tetapi untuk pengamalan seharian..
Kelak darjatmu diangkat disisi tuhan..
Kerana kefakihan dan ilmu yang kau amalkan..
Bukan kerana pangkat,sijil,SPM dan kecemerlangan dalam peperiksaan yang dibanggakan..

Wahai anakku yang ku cintai..
Jadilah insan yang punyai sifat kehambaan yang tinggi..
Mulakan sesuatu dengan niat lillahi..
Tidak suka dipuji..Apatah lagi dipandang tinggi..
Sabar apabila dikeji dan diumpati...
Ikhlas dalam ibadah sehari-hari....
Tidak sekali-kali mengharap pandangan insani..
Yang sering kali menipu diri..
Maka kau Utamakanlah pandangan ilahi..
Syukuri nikmat yang kau perolehi..
Jangan biarkan riya’ dan ujub menguasai..
Kerana jika kau biar penyakit itu membiak dihati..
Maka nantilah siksaan dan azab yang bakal menyakiti diri..

Teruskan perjuanganmu wahai anakku tersayang..
Andai langkahmu longlai di perjalanan jadikan taqwa sebagai bekalan..
Andai kau jatuh rebah di perjuangan ingatlah Allah tidak akan biarkan dirimu  keseorangan ..
Jadikan doa sebagai sandaran..keyakinanmu kepada Allah sebagai kekuatan..
InsyaAllah kau mampu bangkit  kembali dengan penuh kehambaan...
Kerana kita insan punyai banyak kelemahan..
Hanya pergantungan kepada Allah sebaik-baik harapan...

















Isnin 2 .5.2011 4.30 ptg.....pci

to all my beloved students...mtaz,azhariah,sjk(c)jln imbi,pasti al-hidayah,qila,hanan,nazmi,irfan,irsyad n qoid(shah alam)..

BUAT SAYANGKU......
Apabila dirimu dibelenggu masalah...
Sedang tak siapa pun yang mengambil kisah....
Ingatlah pada DIA yang tak pernah jemu..
Mendengar rintihan jiwamu..
Apabila jalan di hadapanmu digelap mendung ..
Sedangkan tiada siapa mahu menemani...
Carilah jalan yang dinaungiNYA..
Apabila parut lukamu dicederakan lagi...
Hatimu dicakari kebimbangan....
Ingatlah Allah bersama orang-orang yang SABAR..

Ya Allah..
Jadikanlah hati anak didikku ikhlas selalu..
Sentiasa berbuat baik kepada orang yang selalu melakukan kejahatan kepada mereka..
Sentiasa memberi maaf kpd orang yang selalu menganiaya mereka...
Sentiasa mengajak berbicara kepada orang yang meninggalkan mereka..
Sentiasa mengeratkan silaturrahim kepada orang yang memutuskannya...
Sentiasa menyedarkan orang  walaupun sentiasa dikhianati...

KUATKAN SEMANGAT..WALAUPUN JATUH..BANGUN KEMBALI..JANGAN MENOLEH KEBELAKANG LAGI..
TERUSKAN PERJUANGAN..YE...SAYANG..
INSYAALLAH DOAKU MENGIRINGI PERJALANANMU DAN ALLAH SENTIASA BERSAMAMU..

Salam Sayang +rindu

Ustazah diana
Mtaz 2011
~kredit to acik nusaibah..