Assalamualaikum wb...
Buat anak didik yang ustazah kasihi dan rindui..
Diri ini amat menyayangi kalian kerana Allah..
Waktu yang berlalu antara kita...
Detik-detik indah yang kita harungi bersama..
Suka duka tangisan bergema..
Kita berdakap penuh erat...
Ciuman masih berbekas di pipi keharuman....
Ingatlah anakku sayang,
Herdikan dan bebelan itu tanda kasih-sayang..
Pukulan dan rotan yang masih berbekas tanda ingatan..
Agar dirimu tidak kecundang di tengah jalan..
Esok kau bakal menjadi insan yang berguna kepada islam.....
Kebanggaan ibu dan ayahmu tersayang..
Ingatlah sayangku..
Tuntutlah ilmu kerana Allah...
Bukan kerana dunia apatah lagi pujian manusia..
Garaplah sebanyak mana ilmu yang ada..
Agar dikau mampu menjadi seperti saidatina fatimah dan aishah..
Menjadi rujukan para sahabat dan wanita...
Ingatlah sayang,
Ilmu bukan sebagai kebanggan tetapi untuk pengamalan seharian..
Kelak darjatmu diangkat disisi tuhan..
Kerana kefakihan dan ilmu yang kau amalkan..
Bukan kerana pangkat,sijil,SPM dan kecemerlangan dalam peperiksaan yang dibanggakan..
Wahai anakku yang ku cintai..
Jadilah insan yang punyai sifat kehambaan yang tinggi..
Mulakan sesuatu dengan niat lillahi..
Tidak suka dipuji..Apatah lagi dipandang tinggi..
Sabar apabila dikeji dan diumpati...
Ikhlas dalam ibadah sehari-hari....
Tidak sekali-kali mengharap pandangan insani..
Yang sering kali menipu diri..
Maka kau Utamakanlah pandangan ilahi..
Syukuri nikmat yang kau perolehi..
Jangan biarkan riya’ dan ujub menguasai..
Kerana jika kau biar penyakit itu membiak dihati..
Maka nantilah siksaan dan azab yang bakal menyakiti diri..
Teruskan perjuanganmu wahai anakku tersayang..
Andai langkahmu longlai di perjalanan jadikan taqwa sebagai bekalan..
Andai kau jatuh rebah di perjuangan ingatlah Allah tidak akan biarkan dirimu keseorangan ..
Jadikan doa sebagai sandaran..keyakinanmu kepada Allah sebagai kekuatan..
InsyaAllah kau mampu bangkit kembali dengan penuh kehambaan...
Kerana kita insan punyai banyak kelemahan..
Hanya pergantungan kepada Allah sebaik-baik harapan...
Isnin 2 .5.2011 4.30 ptg.....pci
