usrah budaya kita

Thursday, July 29, 2010

gurau kotor

Alhamdulillah bersyukur kepada tuan punya alam kerana diberi kesempatan untuk diri ini meneruskan misi tarbiah bersama adik-adik aspuri sek men teknik kajang..Dengan kesesakan lalu lintas,menaiki transport sendiri yang mencelah-celah di sebalik kenderaan yang besar,hampir hilang kesabaran yang ada.Bermula di Jalan Tun Razak sehingga ke sungai besi, sekitar 60-80km kelajuan yang di maksimumkan..Aduih..bimbang kelewatan sampai untuk sama-sama berjemaah maghrib dengan adik-adik tersayang.Sambil kosentrasi meneruskan pemanduan, hati tidak putus-putus berdoa agar dipermudahkan perjalanan.

Alhamdulillah akhirnya sampai pada pukul 7.00pm..sempat melepaskan lelah seketika di pondok asrama puteri,sambil berfikir tajuk muzakarah bersama adik-adik nanti.Akhirnya buntu setelah terdengar azan maghrib berkumandang dari surau sekolah..Aku terus menuju ke surau block H..

"Kakak,jadi imam maghrib,boleh?"tanya seorang adik.
"erm,takpela..akak nak berimamkan adik2..Insyaallah isyak nanti ye".

Sengaja aku meminta adik2 menjadi imam,alang-alang aku disini.,barangkali ada sesuatu yang boleh aku pelajari.alhamdulillah adik tadi berjaya mengimamkan dengan baik walaupun harakat mad wajib yang tidak sekata..

Ada seorang hamba Allah pernah bertanya pada saya,
"kak,saya rasa time bacaan surah fatihah pada kalimah hukumnya mad wajib kalimi musaqqol  وَلَا الضَّالِّينَ
kurang enam harakat..macamana ya kak,adakah solat saya terjejas,sebab bacaan fatihah kan rukun solat,jadi wajib di baca dengan tartil juga kan?"

kebetulan ketika adik itu bertanya, saya sedang berFB dengan seorang rakan,jadi saya terus mengajukan soalan yang sama pada rakan saya.kredit kepada rakan saya itu.

Jawapan yang disepakati begini..Apa yang kami belajar dan pelajari, memang bacaan fatihah wajib,jika ketika membaca ayatnya,kurang harkat,ia adalah kesalahan khofi(kecil),Hal ini bermakna,selagi tidak menjejaskan makna surah fatihah adalah di maafkan.wallahua'alam,selebihnya adik boleh bertanya kepada orang yang lebih fakih jika ingikan kepastian dan penjelasan lebih lanjut.

Selesai solat maghrib,adik-adik warga jemaah maghrib tadi, membaca yasin didalam halakoh(bulatan).Sejuk hati melihat adik-adik membaca yasin berjema'ah,mengimbau kenangan ketika bersekolah menengah dahulu,rutin yang sama berlaku apabila tibanya khamis malam jumaat,membaca yasin secara berjema'ah.

Muzakarah dimulakan setelah bacaan selesai..Saya buntu tentang tajuk perbincangan hari ini,terus meminta pandangan adik-adik.Satu hal yang menarik,dalam ramai-ramai menyuarakan pendapat,seorang adik ini mencelah 'MATI'..MasyaAllah..seriauu mendengarnya..agak berat kupasan tajuk ini bagi diri saya yang tidak sempurna mana untuk membahaskan tentangnya bersama mereka.

Alhamdulillah,akhirnya perbincangan berjalan dengan lancar.Sesudah perbincangan,seperti biasa saya membuka peluang untuk adik-adik melontarkan soalan yang terbuku di hati.

"Kak,boleh tak gurau kotor dengan kawan-kawan?"

"Maksud adik,macam mana?"saya menyoal kembali

"Contohnya kita panggil kawan kita SENGET*,bukan selalu,saje je bergurau waktu tu"

terburai gelak seisi surau block H ketika itu.Saya terfikir juga bagaimana untuk memberi jawapan yang sesuai.huh...


Ini pandangan akak tersendiri,isunya gurau kotorkan.Jadi,bagi akak,selagi kawan adik tidak terasa hati dengan kata-kata adik(tersinggung),maka tidak mengapa.Seeloknya kita kenal dengan siapa kita sedang bergurau.Kalau kawan yang adik rasa sekepala dengan adik(maksudnya) tidak kisah bergurau dengan cara begitu, tidak mengapa.Cuma apa yang terkeluar dari mulut kita suatu doa,terutama apabila kita memberi gelaran atau memanggil seseorang walaupun sekadar gurauan.Karang jadinya senget kawan adik tu,susah pula adik nak melayan karenahnya yang senget.Gamat seketika suasana.

Kemudian saya bercerita kepada mereka tentang satu kiriman sms yang saya terima dari seorang rakan.
Pada mulanya kami bertanya khabar tentang perkembangan terbaru diri masing-masing,sempat bertikam lidah dalam sms tentang isu 'rahsia'.Biasala sudah lama tidak besua,bertikam lidah dirasakan indah walaupun sekadar ber'sms',merapatkan kembali ukhwah.

Saya sedar waktu kawan saya surrender,bila dia me'reply' mesej saya dengan kata-kata,

''Woit,dah la tuh..'jom korek idung'.."

tergamam saya membaca smsnya waktu itu.

"Adakah patut kawan akak ajak korek hidung time tuh..pitam akak time baca mesej dia",saya menyambung cerita pada adik-adik.Suasana gamat seketika.

Lepas itu,kawan akak send lagi mesej

"rilex la kawan,sekali sekala GURAU KOTOR"

No comments:

Post a Comment